FADLAN Mohd. Othman mewakili 40 ulama menyerahkan borang keahlian UMNO mereka kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Jun. Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). - Utusan/SHAIFUDIN MOHD. NOR

"politik memang mengelirukan.....kalu anda pening bila bicara soal politik,..betul la anda sedang bicara tentang politik"

Jangan Berhenti Berfikir




dah beli dah,tima kasih bang din(dincy) batu 9,kasi harga cun ng aku.......nak kurus la sikit,kalu x macam ki lepai pun,cam kimy dah la....heheh...duit dah hilang,lemak lum tentu....kayuh!




Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi... Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya -Yusuf al-Qardawi




FIKIRLAH

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !




Berwatak lemah lembut,pandangan mata yang menyenangkan.....ini sedikit pengalaman berdepan dengan tokoh hebat ini...biar pun seketika,tapi amat menyentuh jiwa,dan ini yang ingin aku kenang tentang tokoh ini,kerana setiap kali terdetik ingatan wajahnya ...."Ya allah bimbing la aku agar mencontohi aklaknya,wibawanya,kecintaan pada agama,keasyikan pada ilmu,kelembutan tutur katanya...Ya allah....

Al-Fatihah....

(Petikan berita daripada Berita Harian Online bertarikh 10.03.2010)

Ulama Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia serangan jantung

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia. Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram. Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP